Mikael Adam Bin Mohd Rafee Michel Lozach atau Mikael Adam Lozach yang lebih dikenali umum sebagai SonaOne merupakan penyanyi, penyanyi rap, pelukis grafitti, penulis lirik, penggubah lagu dan penerbit terkenal Malaysia. Beliau mula dikenali menerusi lagu "Taik Lalat" pada tahun 2012 sebelum meletup dengan lagu "No More" serta gandingan bersama rapper terkenal Joe Flizzow dalam lagu "Havoc" dan "Apa Khabar" pada tahun 2014 hingga melayakkan beliau memenangi gelaran juara di Anugerah Juara Lagu ke-29. Menerusi lagu "No More" pula, Mikael berjaya memenangi anugerah Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-21 menjadikan beliau sebagai komposer yang berjaya memenangi kedua-dua anugerah utama untuk penggubah lagu dalam tahun yang sama selepas komposer lagenda Adnan Abu Hassan.